- Apabila buku yang hendak dipinjam itu telah anda pilih, bawa ke kaunter dengan kad ahli yang lengkap.
- Pengawas pusat sumber akan menulis nama pelajar yang hendak meminjam buku di kad pinjaman pelajar.
BERAPA BUAH BUKU YANG BOLEH DIPINJAM?
- Anda hanya boleh meminjam dua buah buku dalam satu-satu masa (seminggu)
- Sekiranya anda tidak dapat menghabiskan bacaan dalam masa yang ditetapkan, anda boleh melanjutkan tempoh pinjaman dengan cara memulangkan buku tersebut terlebih dahulu dan kemudiannya meminjam semula mengikut prosedur yang sama.
DENDA LEWAT PEMULANGAN BUKU
- Bayaran denda adalah seperti berikut:
10sen sehari
- Buku bertanda merah:
30sen sehari
- Bayaran boleh dibuat di kaunter dengan menyerahkan buku dan wang denda kepada pengawas PS yang bertugas
- Tindakan akan diambil sekiranya anda tidak menjelaskan denda yang dikenakan.
- Sekiranya buku yang dipinjam hilang, anda dikehendaki menggantikandengan buku yang sama ataupun membayar sejumlah wang mengikut harga terkini buku tersebut.