Pusat sumber mula beroperasi selaras dengan pembukaan bangunan sekolah, iaitu pada pertengahan tahun 2002, pada penghujung bulan Jun. Lokasi PPS adalah di tingkat 3, blok A, dengan keluasan 7 bim.
Buku pertama yang dimuatkan dalam pusat sumber merupakan sumbangan Kementerian Pelajaran Malaysia sebanyak 3000 buah. Pusat Sumber Jati juga boleh menampung kapasiti pelajar 60 orang pada satu-satu masa.
Guru pertama yang dilantik sebagai guru pusat sumber ialah Pn. Wan Hafizan Bt. Wan Draman. Namun, pengendalian pusat sumber diambil alih oleh Pn. Nor Asyikin Bt. Dintan sehingga pertengahan tahun 2007. Sekali lagi, pengurusan pusat sumber bertukar tangan pada tahun 2008, diambil alih oleh Pn. Rajana Bt. Ramli sehingga kini.
Untuk mencantikkan lagi pusat sumber sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan murah hati menyumbangkan karpet berwarna biru yang diguna pakai sehingga hari ini.
Kemudahan fizikal yang disediakan di pusat sumber bagi kemudahan pelajar SMK Jati adalah ruang bacaan yang memuatkan 10 buah meja, dilengkapi 6 buah kerusi bagi setiap meja. Ruang bacaan individu (karel), sudut membaca akhbar (dilengkapi sofa). bagi tujuan pengawas ps menjalankan kerja pemprosesan buku, bilik kerja disediakan. Bersebelahan pusat sumber, terdapat satu bilik yang berkeluasan satu kelas yang boleh memuatkan 40 pelajar pada satu-satu masa, yang dikenali sebagai Bilik Media.